Sunday, October 30, 2011

Ulama Al-Azhar menolak ajaran Tauhid 3(wahabi)

Antara ulama' Al-Azhar yang menolak ajaran Tauhid Tiga:

1) Al-Allamah al-Mufassir al-Muhaddith, Syaikh Yusuf ad-Dijwi, Ahli Lembaga Majlis Ulama' Besar Al-Azhar. Beliau telah mengeluarkan fatwa penolakan Al-Azhar terhadap Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah di dalam Majalah Nur al-Islam, Edisi tahun 1933, lidah rasmi Al-Azhar ketika itu. Fatwa beliau dipersetujui oleh ulama' Al-Azhar yang lain tanpa ada sebarang bangkangan. Sehingga hati ini fatwa tersebut masih diterima pakai.

2) Al-Allamah al-Muhaddith, Syaikh Zaki Ibrahim, mengeluarkan kembali fatwa tersebut di dalam Majalah al-Muslim, Majalah diiktiraf oleh Al-Azhar.

3) Syaikh Izz ad-Din Abu al-Aza'im juga memuatkan fatwa tersebut di dalam Majalah Islam Watan.

4) Al-Allamah al-Muhaddith, Syaikh Salamah al-Qudha'i al-A'zhami asy-Syafie di dalam kitabnya Al-Barahin as-Sath'iyyah fi Radd Ba'dh Bida' as-Saiyi'ah. Kitab tersebut mendapat pengiktirafan dan pujian Al-Allamah al-Muhaddith al-Musnid, Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari, ulama' besar dan muhaddith pada zaman tersebut.

5) Al-Allamah al-Muhaddith al-Musnid, Dr.Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani di dalam kitabnya Huwa Allah.

6) Sayyid Ala'uddin Abu al-Azhaim didalam kitabnya Yahud am Hanabilah?.

7) Al-Allamah Abu Abdullah Alawi al-Yamani di dalam kitabnya Intabih! Dinuka fi Khathor.

8) Al-Allamah Abu al-Hasanain Abdullah bin Abd ar-Rahman al-Makki asy-Syafi'e di dalam kitabnya Al-Qaul al-Wajih fi Tanzih Allah Ta'ala 'an at-Tasybih.

9) Syaikh Yusuf al-Bukhur al-Hasani, ahli fatwa di kanada.

10) Syaikh Siradjuddin Abbas, Ulama' besar Indonesia di dalam kitabnya Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

11) Al-Allamah Muhammad al-Khalil al-Khatib di dalam kitabnya Al-Wasilah wa at-Tawassul.

12) Al-Allamah Dr. Isa bin Abdullah Mani' al-Himyari, Pengarah Jabatan Waqaf dan Hal Ehwal Islam, Dubai di dalam kitabnya Al-Fath al-Mubin fi Bara'at al-Muwahhidin min 'Aqa'id al-Musyabbihin, dan ramai lagi.

Di bawah tajuk: Tiga Pembahagian Tauhid Sebagai Faktor Dominan di dalam kitabnya Al-Ghuluw wa Atharuhu fi al-Irhab wa ifsad Al-Mujtama' (Ekstrem dalam Beragama: Pengaruh pada kemunculan Tindakan Terorisme dan Anarkis): Al-Allamah al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki berkata:

"Di antara faktor terpenting dan dominan yang menjadi sebab munculnya ekstremisme adalah apa yang kita saksikan bersama pada metode pembelajaran tauhid dalam kurikulum sekolah (iaitu di Arab Saudi). Dalam materi tersebut terdapat pembahagian tauhid menjadi tiga bahagian: 1) Tauhid Rububiyyah, 2) Tauhid Uluhiyyah, dan 3) Tauhid asma' was Shifaat. (Padahal pembahagian seperti ini), Tidak pernah dikenal oleh generasi Salaf dari masa sahabat, Tabi'in mahupun Tabi'it Tabi'in. Bahkan, pembahagian dengan format seperti ini tidak terdapat dalam Al-Quran atau Sunnah Nabawiyyah.

Jadi, pembahagian (taqsiim) tersebut tidak lebih merupakan ijtihad yang dipaksakan dalam masalah ushuluddin serta tidak ubahnya seperti tongkat yang berfungsi membuat perpecahan di antara umat Islam dengan konsekuensi hukumnya yang memunculkan sebuah kesimpulan bahawa kebanyakan umat Islam telah kafir, menyekutukan Allah swt, dan lepas dari tali tauhid.

Selanjutnya taqsiim ini juga akan sentiasa menjadi sarana yang mudah didapat untuk terus mengelurkan dakwaan-dakwaan dan keputusan sesuka hati tanpa didasari pemikiran dan renungan.

Taqsiim ini, terlepas dari penelitian apakah memiliki dasar dalam aqidah Islaamiyyah atau tidak, yang jelas dan sangat disayangkan kini telah menjadi dasar kuat (dan alat) untuk mengafirkan banyak kolompok Islam. Andai saja yang menjadi korban dari taqsiim ini hanya sebahagian orang, tentu bencana sangat ringan dan mudah diatasi. Akan tetapi, musibah ini ternyata menimpa majoriti Umat; ulama' dan awam, pemikir, juga para sasterawan. (Dengan demikian), pada hakikatnya taqsiim ini merupakan goresan yang memotong tali hubungan di antara umat islam. Jika kita berniat membersihkan Makkah Madinah - dengan Standard pendapat mereka - dari orang-orang yang dicurigai sebagai pemilik kesyirikan, penyembah para wali, pengkagum Ahlu Bait, dan pengikut pemahaman umum dalam sifat-sifat-Nya, tentu akan terjadi penolakan terhadap banyak jama'ah haji dan para penziarah. Para jama'ah haji dan para penziarah tersebut, dalam musim-musim agama, berasal dari berbagai kelompok umat Islam yang seluruhnya mendapat sambutan dan pelayanan dari pemerintah serta kebebasan menjalankan apapun sesuai dengan prinsip (mazhab) mereka yang sedikit pun tidak bertentangan dengan syariat Islam. (Sungguh, betapa pun perbezaan itu ada), tetapi hanya berputar dalam masalah Khilaafiyyah, hal di luar yang sudah disepakati bersama (ijma') seperti halnya para pelaku kesalahan dan pelanggaran syariat. Para ulama' tidak pernah sepakat (berijma') mengafirkan pada pelakunya, kerana termasuk dalam firman-Nya:

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni apabila Dia disekutukan dan Dia memberikan ampunan kepada selain itu kepada orang yang Dia kehendaki." [An-Nisa': 48]

Dalam buku yang sama, beliau menyebutkan bahawa sebelum adanya silibus pelajaran aqidah dengan Pembahagian Tauhid kepada 3 bahagian, para ulama' dahulu telah menjalani method pengajaran dan pembelajaran cara tradisi melalui kitab-kitab turath yang bersih dan suci aqidahnya. Al-Allamah berkata:

"Ustaz Abdul Maqsud Khowjah menyebutkan bahawasanya dia dan teman-temannya telah belajar di Madrasah Al-Falah, di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi. Di tempat-tempat itu banyak pemuka-pemuka ulama', di antaranya Sayyid Alawi al-Maliki, Sayyid Amin al-Kutbi, Sayyid Ishaq Aziz, Syaikh Hasan al-Masysyath, Syaikh Muhammad Nur Saif, Syaikh Hasn Yamani, Syaikh Al-Arobi at-Tabani, serta Syaikh Yahya Aman.

Mereka semua adalah alumni dari kurikulum terdahulu. Mereka juga mengajarkan kurikulum itu. Tidak ada seorang pun dari mereka yang melampaui batas, ekstremis, atau teroris. Bahkan, mereka adalah para Imam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan Para pemuka ulama'..."

Kesimpulan:
Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tidak boleh terpisah dan keduanya saling memerlukan dan melazimkan di antara satu dengan yang lain. Pembahagian Tauhid kepada Tiga seperti ini tidak ada dalam generasi Salafus Soleh.

Adalah sangat bertentangan dengan ijma' bagi dakwaan yang mengatakan bahawa dengan Tauhid Rububiyyah sahaja, ia tidak cukup untuk menentukan keimanan seseorang.

Fitnah Takfir (kafir mengafir) yang timbul daripada pembahagian tauhid seperti ini adalah hakikat mazhab Khawarij (seperti mengafirkan orang yang bertawassul).

Tauhid Uluhiyyah yang dibicarakan boleh membawa kepada mengafirkan umat Islam yang bertawassul, bertabarruk, beristighathah dengan para Anbiya', Auliya', orang soleh dan lain-lain.

Tauhid Asma' Wa Sifat pula boleh mendorong untuk menjadikan ayat-ayat mustasyabihat sebagai asas tauhid dan membawa kepada aqidah tasybih dan tajsim.

http://www.facebook.com/notes/mohd-sulhi/ulama-al-azhar-menolak-ajaran-tauhid-3wahabi/305350022824538

No comments: